BACA NI,ADIK-ADIK YANG TENGAH BERCINTAN CINTUN.

July 25, 2013 2Komen disiniA+ a-


I love you baby,X.setiap masa teringat baby. ---> status seorang remaja perempuan. Umur dalam 15 tahun mungkin. Ana hanya sekadar membaca. 200 lebih likers. Besoknya,

Aduhai trial PMR! Entah pape aku jawab tadi,tolong jawab untuk aku kawan2.otak kosong! --> status adik tadi. 100 lebih likers. ramai usha dan comment manja.

Allah. Mohon berikan CAHAYA untuknya. Ana bukan nak mencari kesalahan sesiapa tetapi ana agak kesal. Ya,ana akui waktu remaja memang rasa nak bercintan cintun. Tambah lagi bila ada orang minat kita,lagi kita rasa suka nak bercinta.

PELAJARAN diabaikan, CINTA didahulukan. Takkan kemana wahai sayang. ana bukan nak cakap 'sebaik-baik cinta ialah cinta kepada Allah.' semua orang tahu,ini FAKTA. tapi jarang orang nak merasai. Allah bagi peluang untuk rasa,kemudian Allah janji pulak KEMANISAN IMAN,atas kita NAK atau TAKNAK.

Mungkin di usia tu mentaliti lebih cenderung ke arah cinta yang tak pasti. Hidup masih panjang.Berjalanlah ke arah sesuatu yang lebih pasti. This is what I told adik PUTERI AWANI regarding to her controversial video, 'Couple Seminggu'. Dia sangat tulus orangnya dan mudah menerima teguran,alhamdulillah. Apepun bukan nak menghalang,tapi jagalah hati. Takde CINTA yang akan kekal melainkan izin Allah. Kita jaga sebaik mana pun hubungan dengan pakwe makwe kita tu,kalau Allah tak redha sia-sia saje. Sampai tak tidur malam sebab nak teman pakwe makwe kita buat homework. Huhu, 'isteri' dan 'suami' yang baik.

Anda tak salah kerana memilih untuk menyayangi seseorang tapi sedarlah, Allah sedang mendidik. Mendidik untuk mengenal macam mana rasa sayang,kecewa,rindu. Tapi Allah juga mendidik kita untuk tahu mengawal perasaan dan emosi agar tak terikut dengan NAFSU semata-mata. Macam mana?

Bila kita rasa rindu,kita istighfar. Bila kita rasa terbuai,kita istighfar. Bina satu SOKONGAN untuk diri kita supaya kita lebih terjaga daripada semua benda yang boleh merosakkan IMAN dan HATI. Istighfar! Dekatkan selalu diri kita dengan Allah supaya Allah 'peluk' hati kita daripada cinta yang syaitan laknatullah ada-adakan. Berdoalah,

"Ya Allah,peluklah hatiku. Aku tidak ingin mencintai sesiapa melebihiMu. Peluklah hatiku ya Allah. Cintailah aku supaya aku dapat merasai cintaMu,yang lebih agung daripada cinta manusia."

If you really love your sweetheart,just pray for him/her. Betul-betul sayang cinta kat dia,buat cara yang baik. Ayuh,mahalkan cinta. Cinta itu FITRAH, jangan jadikan ia FITNAH. Allah bagi cinta sebagai satu nikmat,raikan dengan kesyukuran dan jagalah kesucian.

Ingat !

Ada boyfriend atau girlfriend,maybe anda boleh berBANGGA dengan member satu geng. Tapi tak berbaloi sebab takleh nak bawak BF atau GF anda jumpa Allah. Dan satu hal lagi,

He/she never ever can guarantee you alJannah ! If you welcome him/her in a BAD WAY of coupling. Pakwe makwe takleh bawak teman kita dalam kubur seksok.

p/s : umur 18 baru sedar yang cinta sebelum kahwin tu takde GUNA. tapi cukuplah,just take it as a lesson,tarbiah daripada Allah.

Wallahualam

Nama panggilan saya Fifiy or Fit. Boleh panggil antara satu. hehe. Seorang yang sangat pemalu dan hanya bercakap bila perlu sahaja atau ketika dengan kawan-kawan yg terdekat. Already finished my study - Diploma in Journalism.

2 Comments

Write Comments
boni kacak
AUTHOR
July 26, 2013 at 3:50 AM delete

saya suka entri ni.. 1000x like :)

Reply
avatar