Bintang Running Man, Lee Kwang Soo Tiba Di KLIA Malam ini!

January 03, 2014 4Komen disiniA+ a-




Assalamualaikum, selamat petang. Tetiba rasa excited sebab Lee Kwang Soo datang ke Malaysia malam ni. hahahahha~ Tapi sedihhhh sebab jauh sangattttt >_<" . grrrr ! Nak jugak jumpa Lee Kwang Soo ni sebab minat running man.. huhu.. Ok lah lupakan angan-angan ni. Yang berdekatan tu boleh lah jumpa dengan dia ye. haha. jangan lepaskan peluang bagi yang berminat. Nak tahu lebih lanjut, baca artikel dibawah ini.

"Bintang program realiti popular, Lee Kwang Soo dikhabarkan oleh pihak penganjur JS Concert Productions akan tiba di KLIA pada jam 10.30 malam ini.

Lee Kwang Soo ke Malaysia bagi menghadiri satu acara perjumpaan bersama peminat di Malaysia dalam Lee Kwang Soo Nam Meet In Malaysia di  Kompleks Kenanga Wholesale City, esok pada jam 6 petang.
Menariknya, anda akan dapat melihat sendiri tarian‘treadmark’ popular Lee Kwang Soo dan anda juga akan dihiburkan oleh persembahan nyanyian secara 'live' olehnya.

Lee Kwang Soo pertama kali datang ke Malaysia selepas salahseorang daripada ahli Running Man, Kim Jong Kook membuat kunjungan pertama di sini pada tahun lalu.

Anda yang sudah tidak sabar menantikan kehadirannya boleh turun ke KLIA malam ini dan nantikan ketibaan Kwang Soo sendiri yang dijangka tiba dengan pesawat Korean Air sekitar jam 10.30 malam."


SUMBER

Nama panggilan saya Fifiy or Fit. Boleh panggil antara satu. hehe. Seorang yang sangat pemalu dan hanya bercakap bila perlu sahaja atau ketika dengan kawan-kawan yg terdekat. Already finished my study - Diploma in Journalism.

4 Comments

Write Comments
January 3, 2014 at 5:36 PM delete

wah mana-mana yang minat runningman tu mesti berusaha nak pergi jumpa kan :)

Reply
avatar
Uks world
AUTHOR
January 3, 2014 at 5:42 PM delete

minat kwang soo tp x dpt pegi.. >.<

Reply
avatar
January 3, 2014 at 5:51 PM delete

ramai dah dok update dalam twitter pasal ni

Reply
avatar
muja
AUTHOR
January 3, 2014 at 10:18 PM delete

nasib baik bukan peminat,, kalau tak mesti sedih jugak,, hehe

Reply
avatar