5 RESTORAN BERTEMAKAN UNIK !

May 28, 2013 1Komen disiniA+ a-

5-Restoran-Bertema-Unik/
Cuti sekolah panjang merupakan masa yang paling disukai oleh pelajar-pelajar sekolah. Jika anda tidak melancong ke luar negara, mungkin anda boleh melawat restoran-restoran unik ini ketika cuti sekolah.

Kelima-lima restoran ini mempunyai tema-tema yang berlainan; dari tema kartun ke tema kereta. Bagi mereka yang tidak pernah mengunjungi restoran bertema, anda boleh melawat restoran-restoran tersebut.

Sweety House Café




Sesiapa yang meminati Hello Kitty, pasti akan jatuh hati dengan kafe ini yang terletak di Muar, Johor. Hello Kitty Sweetie Kafe ini juga terdapat di negara lain seperti Taiwan dan Jepun. Kesemua perabot dan perhiasan kafe ini adalah mengikut tema Hello Kitty. Anak-anak pasti akan teruja apabila melihat makanan berbentuk Hello Kitty yang comel.

9, Jalan Perniagaan 2, Pusat Perniagaan Kenanga, 84000 Muar, Johor (06-951 3387)

Tenshi no Cafe




Kafe ini merupakan sebuah kafe khas untuk mereka yang menyukai kartun anime Jepun. Ini adalah kerana kesemua pelayan-pelayan kafe ini memakai pakaian cosplay dan bersolek seperti kartun anime Jepun yang dianggap comel. Dari jauh, anda dapat melihat Tenshi no Café yang berwarna merah jambu dan mempunyai dekorasi kerusi meja putih.  Menu makanan di kafe ini adalah makanan Jepun moden seperti spaghetti kari, set bento dan banyak lagi.

LG18, North Side, e@Curve, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Malaysia (03-7732 9813)

TBowl Concept



Jika anda berada di Pulau Pinang, anda haruslah mengunjungi restoran TBowl yang berada di Queensbay Mall. Restoran TBowl mempunyai konsep yang mungkin tidak dapat diterima oleh semua orang, kerana ia menggunakan konsep tandas sebagai perkakas makanan. Namun begitu, restoran ini mendapat sambutan hangat dan masih lagi dikunjungi orang ramai. Makanan yang dihidangkan di restoran ini adalah makanan jenis fusion Asia.

3F-43/43A/45, 100 Persiaran Bayan Indah, 11900 Bayan Lepas,Pulau Pinang (016-488 1346)

V1 Concept Bar & Restoran



Kepada kaum Adam, inilah restoran yang menggunakan tema kereta sukan. Kerusi kereta tidak lagi berada di dalam kereta, tetapi muncul di meja makan restoran ini. Selain itu, lantai restoran tersebut juga dihias seperti jalan raya. Sebuah kereta replika terletak didalam restoran dan anda boleh memesan makanan menggunakan teknologi terbaru, iaitu iPad. Kepada mereka yang ingin menyambut hari jadi, restoran ini memberi anda suasana yang istimewa dan baru.

No. 66 & 68, Jln Puteri 2/4, 47100 Puchong (03-8063 8775 & 03-8063 8079)

Charlie Brown Café



Adakah anda masih ingat kepada kartun ‘Snoopy’? Charlie Brown merupakan tuan kepada Snoopy, seekor anjing yang nakal dan kelakar. Kafe ini terletak di Straits Quay Mall, Pulau Pinang. Seperti kafe Hello Kitty tadi, setiap inci kafe ini bertemakan kartun tersebut. Apa yang menarik adalah kopi Charlie Brown yang kelihatan comel dan juga disyorkan oleh pelayan kafe tersebut.

3A-1-17 & 3A-1-18, Straits Quay Marina Mall, Jalan Seri Tanjung Pinang 3, 10470 Tanjong Bungah, Penang (04-899 8602) ‎

Setiap restoran/kafe ini mempunyai tema tersendiri dan merupakan tempat-tempat untuk anda lawat ketika berasa bosan dengan restoran lain yang biasa. Jangan lupa untuk membawa kamera anda bersama dan mengambil gambar buat kenangan.

Nama panggilan saya Fifiy or Fit. Boleh panggil antara satu. hehe. Seorang yang sangat pemalu dan hanya bercakap bila perlu sahaja atau ketika dengan kawan-kawan yg terdekat. Already finished my study - Diploma in Journalism.

1 Comments:

Write Comments
May 28, 2013 at 5:13 PM delete

wah unik2 nyer..sume kt dalam ngara je...sronok bila g tmpt2 yg unik cm ni

Reply
avatar