KEMALANGAN!!

December 18, 2013 1Komen disiniA+ a-



Assalamualaikum. Selamat Pagi kawan-kawan. Ni cerita berlaku dua hari yang lepas. Masa tu saya dan ayah nak ke kompleks Karamunsing untuk menghantar laptop ke kedai. Nak install semua adobe kat lappy ni.

Then apabila ayah bagi signal untuk masuk ke simpang kiri ke kompleks itu, tiba-tiba motor dari arah belakang dengan laju merempuh kereta ayah dari tepi. Dan side mirror kereta ayah terbang.

Masa tu memang terkejuttt bapakkk lah sebab masa kitorang nak masuk simpang tu, kitorang tak nampak pun ada motor kat tepi. Rupa rupanya, motor tu dari arah tepi bas besar. Ofcoz lah kitorang tak nampak. Pakai baju pun warna hitam. Then kejadian tu berlaku lebih kurang pada jam 7 lebih malam.

Masa tu, ungkapan pertama yang keluar dari mulut saya ialah, "paaaaaaaaaaaaaaa!!" Dan saya tengok penunggan dan pembonceng motor tu dah terpelanting ke hadapan. Ya Allah, masa tu saya dah tak fikir apa. Saya hanya fikir nyawa dua orang lelaki tu dan juga fikir ayah saya. 

Saya terus keluar dari kereta sebab saya tengok masa tu lelaki yg sorang tu dah maju ke arah kami dengan muka yang sangat marah. Saya turun dan minta maaf and tolong bangunkan dan tolak motor diorang ke arah tepi. Ayah pula, membantu mangsa yang seorang tu. 

Yang seorang tu dah marah sangat tapi yang sorang lagi tenang Alhamdulillah walaupun dia yang cedera. Tapi saya bersyukur sebab mereka tak cedera parah. Hanya luka kecil dibahagian pinggang dan sorang lagi luka dibahagian kaki sebab terseret. Saya cuba menenangkan lelaki yang sorang tu sebab kami sangat sangat tak sengaja dan kami memang tak nampak diorang. Konduktor bas pulak kata, kalau ikut betul ayah memang tak salah sebab ayah memang dah masuk ke arah simpang tu. Mangsa yang tiba-tiba muncul dari arah belakang bas besar.

Tapi ayah dan saya taknak panjangkan cerita. Saya bagitahu kat diorang, kami akan bertanggungjawab dengan luka luka dibadan kamu. Kami akan bawa kamu ke hospital. Kami akan bayar kos rawatan kamu di hospital. Tapi lelaki yang sorang tu langsung tak layan apa kitorang ckp. Yang sorang lagi kata, "tak apa tak apa. Ini cuma luka kecil. Nanti okay lah ni." Dan saya nak kepastian, saya tanya sekali lagi, dan jawapan yang sama juga saya terima.

Ayah taknak tanya tentang lesen or what. Just fikir tentang nyawa dan keselamatan mereka ja masa tu. huhuhu. At last, kami minta maaf sebab kami pun tak tau benda ni akan berlaku. then ayah hulurkan duit kat diorang untuk beli ubat dan barang-barang yang rosak.

Alhamdulillah benda tu setel disitu saja. Saya bersyukur sebab tak ada kemalangan jiwa. 

Nama panggilan saya Fifiy or Fit. Boleh panggil antara satu. hehe. Seorang yang sangat pemalu dan hanya bercakap bila perlu sahaja atau ketika dengan kawan-kawan yg terdekat. Already finished my study - Diploma in Journalism.

1 Comments:

Write Comments
TelingaBulat
AUTHOR
December 18, 2013 at 8:57 AM delete

ish bahaya nye..moto tuh pn satu da le mlm jgn le pki bju gelap2..ishh

Reply
avatar