AMARAN ANGIN KENCANG & LAUT BERGELORA

December 27, 2013 0Komen disiniA+ a-

AMARAN KATEGORI KETIGA.. AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA
 
Di Perairan Laut China Selatan


SEKSYEN A: AMARAN UNTUK ORANG AWAM.
1. AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA)-Ditingkatkan dari amaran kategori kedua yang dikeluarkan pada pukul 9.55 malam, 17/12/2013

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 5.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang & Johor Timur dijangka berterusan sehingga Selasa, 31 Disember 2013.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang & Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Selasa, 31 Disember 2013.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

2. AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)-Ditingkatkan dari amaran kategori pertama yang dikeluarkan pada pukul 9.55 malam, 17/12/2013..

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat & Kudat), WP Labuan & Sarawak dijangka berterusan sehingga Selasa, 31 Disember 2013.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

3. AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH-Kemaskini
  •  Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Sarawak & Sabah (Kudat) dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Jumaat, 27 Disember 2013.
  • Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan 50-60 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
  •  Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Selangor & Sabah (Sandakan) dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Jumaat, 27 Disember 2013.
  • Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
SEKSYEN B: AMARAN UNTUK PERKAPALAN..

1. AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA)-Ditingkatkan dari amaran kategori kedua yang dikeluarkan pada pukul 9.55 malam, 17/12/2013.

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 5.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Samui, Tioman, Bunguran, Condore, Palawan, Reef North & Layang-Layang dijangka berterusan sehingga Selasa, 31 Disember 2013.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang & Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Selasa, 31 Disember 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

2. AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)-Ditingkatkan dari amaran kategori pertama yang dikeluarkan pada pukul 9.55 malam, 17/12/2013
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat & Kudat), WP Labuan, Sarawak & Reef South dijangka berterusan sehingga Selasa, 31 Disember 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

3. AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH -Kemaskini :
  •  Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Reef North, Palawan & Layang-Layang dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Jumaat, 27 Disember 2013.
  • Pada masa yang sama, angin kencang melebihi 60kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian melebihi 5.5 meter ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
  • Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Sarawak, Sabah (Kudat) & Reef South dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Jumaat, 27 Disember 2013.

Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan 50-60 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
c) Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Selangor & Sabah (Sandakan) dijangka berterusan sehingga lewat pagi, Jumaat, 27 Disember 2013.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil. 
Dikemaskini pada 27 Disember 2013, jam 04:40AM

Nama panggilan saya Fifiy or Fit. Boleh panggil antara satu. hehe. Seorang yang sangat pemalu dan hanya bercakap bila perlu sahaja atau ketika dengan kawan-kawan yg terdekat. Already finished my study - Diploma in Journalism.