BUKAN TAKNAK BERUBAH, TAPI AKU PERLUKAN SOKONGAN

April 28, 2013 1Komen disiniA+ a-

Assalamualaikum. Selamat malam sahabat bloggers. Allahu rabbi. Semoga semuanya dalam keadaan sihat walafiat dan syukur Ahamdulillah dengan segala nikmat pemberian dari Allah SWT. Kita tak perlu jadi kaya untuk hidup bahagia. Kita tak perlu harta yang banyak untuk tambah Iman dan Ilmu kita. Sentiasa bersyukur dengan segala yang kita miliki.

Semua orang nak berubah jadi baik kan? Tapi untuk berubah dan tetap Istiqamah ni bukanlah perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi jika orang sekeliling kita tak sekepala dengan kita dalam meraih cinta Allah. Bukan diri ni taknak berubah. Saya nak sangat-sangat. Tapi bagi orang yang bukan berlatar belakangkan pendidikan sekolah agama, ia sedikit susah bagi saya.

Tapi saya akan berusaha untuk tetap dengan niat baik yang dipendam ini. Tak semua orang suka bila kita nak berubah. Saya ada juga mendengar suara-suara yang mengatakan saya ni seorang yang hipokrit dan berpura-pura baik seperti Ustazah. But is okay lah. Saya bukan manusia sempurna yang tak ada masa lampau dan bukan juga manusia teruk yang tidak ada masa depan. Sekarang, saya sedang berusaha meninggalkan beberapa perkara yang melalaikan saya seperti couple. Kadang kala couple ini salah satu sebab mengapa anak muda sekarang susah untuk berubah disebabkan susah hendak melawan hawa nafsu. Tetapi saya bersyulur, kerana hawa nafsu yang membawa saya kepada zina hati dapat saya jauhi.

Orang kata, bila kita buat benda macam ni kat pasangan kita itu tandanya kita dah tak sayang kat diorang. Tapi saya tak setuju. Malah sebaliknya. Saya buat semua ini disebabkan rasa sayang itu. Disebabkan rasa sayang itu lah saya taknak membiarkan diri dikuasai nafsu tanpa ikatan yang halal. Kita nak berubah ni bukan terus berubah 100%. Saya perlu berubah dari benda yang kecil-kecil sehinggalah perkara yang besar.



Salah satu kesukaran yang saya hadapi juga, kat Sabah ni saya tak tahu kat mana tempat yang sesuai untuk saya mendalmi Ilmu Agama selain dirumah. Saya perlukan sahabat-sahabat yang sehati sejiwa dengan saya untuk mendalami Ilmu ini. Banyak benda yang saya perlu  terokai. Terasa jahinya diri ni. huaa :(

Alhamdulillah saya dikurniakan hati yang suka melihat ceramah-ceramah Agama para Ulamak, mendengar nasyid, ayat-ayat AlQuran, dan hadis. Dari benda ini, sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan semangat saya untuk teruskan niat di Jalan Allah. In sha Allah. Semoga Allah memberi kesempatan untuk saya kembali bertaubat dan mempelajari IlmuNya.


Semoga kelak kita kembali kepada Allah daam keadaan bersih dan suci seperti mana sewaktu kita dilahirkan ke dunia. In sha Allah. Muhasabah diri sama-sama.

Nama panggilan saya Fifiy or Fit. Boleh panggil antara satu. hehe. Seorang yang sangat pemalu dan hanya bercakap bila perlu sahaja atau ketika dengan kawan-kawan yg terdekat. Already finished my study - Diploma in Journalism.