TIPS NAK ELAKKAN MENGUMPAT ATAU SESI MENGATA !!

April 07, 2013 2Komen disiniA+ a-






Dan bila dia tahu dia tentu marah atau kecil hati.. Dah nama pun mengumpat,tentu la berkongsi sesuatu yang tak baik kan?
Kadang-kadang kita tak nak terlibat dalam aktiviti senaman mulut kurang sihat ni, tapi cerita.. orang kata kalau tak mengumpat ni macam masakan takde rasa, mandi tak basah, tidur mengigau, (cam melampau jek --')Haihh perencah ni memang mahal dan terlaris sebab nak mengumpat ni dosa besar. Dosa besar. ye. 
Dalam Islam,mengumpat ni ibarat makan daging saudara seislam sendiri. Rasanya semua tahu. tapi belum ada kesedaran je kot. MasyaAllah2  !
Walaubagaimanapun pun, kita adalah hambaNya yang lemah. Itulah pentingnya kita saling ingat mengingatkan, bukan nak buruk-memburukkan. kan2..Kalau keburukan diri dapat diterima dan cuba dikikis sebaiknya, siapakah kita untuk menilai keburukan orang lain? KITA LANGSUNG TAK LAYAK. hanya Allah :)

Ok fokus balik--> Tips-tips nak elakkan mengumpat/sesi mengata ni
01.Bila berkumpul dengan kawan-kawan.. dan bila rakan dah mula filem umpat dengan watak yang bertambah-tambah dan siap letakkan jiwa dan emosi lagi,.........opsss !
Nasihatkan diri sendiri. Masa ni lah kita kena banyak-banyak ingat Allah.Sedarlah diri sikit, yang kita ni punsama taraf dengan orang yang diumpat tu iaitu Hamba Allah.Cepat-cepat istighfar, sambil tu tegurlah kawan sama.. Kalau tak dapat jugak, apa tunggu lagi ? Pergi tinggalkan je lah situasi yang kritikal tu.


02.Bila yang nak jadi moderator 'umpat-umpat' tu kawan baik kita sendiri..
Apa kata kita ajak dia berbual tentang keburukan diri masing-masing? Haa pekena sekali  ! Bila kita bercerita tentang baik buruk diri kita ni.. sekurang-kurangnya kita pun sedar banyak juga kekurangan kita kann.
Tak payah lah cerita tandas pun nak cerita --' tapi kalau nak senaraikan pun mesti lebih tiga, lebih dari sepuluh? dua puluh?.. jadi layakkah kita nak bagi senarai keburukan orang, sedangkan senarai keburukan kita sendiri pun dah lebih dari sebakul.hmpphh.


03.Bila yang nak ajak mengumpat tu senior dari kita.. tentu payah benar nak buat sesi teguran kan? So apa kata kalau.. sambil dia lafaz bait-bait mengata tu, kita pula sambung setiap ayat umpatan tu dengan doa.Doakan sesiapa yang diumpat dengan ikhlas, supaya Seni0r kita tu pun sedar dengan sendirinya. InsyaAllah! :)


04.Bila terasa sakit hati dengan seseorang hamba Allah tu.. dan terasa nak cari kawan nak buka forum mengumpat, jom ambil wudhu secara tertib. Masa nak kumur-kumur tu, bacalah doaMinta dipelihara lidah ni dari perbuatan yang memberi dosa.. InsyaAllah. Semoga dengan itu, segala niat buruk tu terbatal sendiri.


05.Kalau kita selalu terlupa tentangNya, apa lagi bila tengah cerita panas atau gosip liar. Masa ni nak istighfar pun berat sekali nak buat. Apa lagi nak muhasabah diri yang dah rebah kan?Jadi.. sumbatkan lah telinga anda dengan lagu-lagu atau sebaiknya.. dengar bacaan alQuran ke.. nasyid ke. Better lah dari bibir tu mengata hal-hal tepi, dalam kain orang. Cet ! tepi kain sendiri pun entah koyak ke, tersangkut kat mana-mana.. Guna dua telinga. Sebagai perumpamaan kita kena mendengar dua kali dulu sebelum bercakap sesuatu..ok  ?


06.Bila nak mengata orang tu.. cuba bayangkan kita berada di tempat orang yang dikutuk tu.. agak-agaknya boleh tak jadi seperti Khalifah atau nabi terdahulu..Bila diumpat, eh boleh pulak beri hadiah tuu.. siap doakan orang tu dirahmati Allah SWT. MasyaAllah2  . Agaknya kita nilah antara golongan yang bila tahu ada orang cakap belakang tentu rasa nak bagi penumbuk sulung pada orang tu, paling tak pun, mengutuk dan buat la ayat makian paling pedas untuk dia. Balas dendam lah konon. ceh ! Cuba kita ubah sedikit perspektif pemikiran kita yang sempit macam lubang semut ni. Bila kita diumpat, tu bermakna ada orang cuba nak beri ingat. Ada yang nak bagi pendapat. *Haa saya paling suka tips ni. ehehe Dengan Tuhan kita terasa dekat. Ujian tu taklah seberat kutukan yang nabi pernah terima dahulu kan. oh hebatnya idola kita Nabi Muhammad. Sollu 'ala Nabi.


07.And the last but not least, minum air banyak-banyak. Mulakan dengan selawat dan bacaanbasmallahSemoga dengan nikmat air tu, kita akan ringan untuk memujinya. Banyak lagi tips yang ada. Tapi semuanya bergantung pada niat. Niat untuk pelihara diri dan jaga ukhwah sesama saudara.
Semoga kita tergolong dalam golongan orang yang bersyukur.. setiap yang bersyukur akan sentiasa ingat yang memberi.
Saya bukan nak sindir sapepun tau . Ingatkan diri sendiri lah ni ^^,

Nama panggilan saya Fifiy or Fit. Boleh panggil antara satu. hehe. Seorang yang sangat pemalu dan hanya bercakap bila perlu sahaja atau ketika dengan kawan-kawan yg terdekat. Already finished my study - Diploma in Journalism.