Johan Raja Lawak Kini Botak!

January 13, 2014 2Komen disiniA+ a-






Tidak sampai beberapa hari selepas penghibur komedi terkenal tanahair Johan Raja Lawak diumumkan menang dalam kes saman RM 1 Juta, kini dia bersama isteri Ozlynwati sedang mengerjakan umrah di tanah suci Mekah.
Pasangan ini yang berlepas ke sana pada 8 Januari lepas telah diketahui oleh peminat dan pemerhati dunia hiburan melalui entri yang dimuatkan di Instagram milik pasangan ini @jozlynnhanania yang bergambar di KLIA sebelum berlepas mengerjakan umrah, Rabu lalu.
Pemergian ini juga dianggap Ozlyn sebagai bulan madu yang paling manis buat mereka berdua yang menjadi caption entri di Instagram yang juga memperlihatkan Johan yang kini berimej botak.
“Alhamdulillah ni la hasil semlm.. bak kata suami sya *kalau papa nk botak atau gunting rambut pun biar la bersebab (tidak mensia2kan) syukur Alhamdulillah dipermudahkanNya.. inilah honeymoon yg paling manis dlm hidup kami” antara petikan deskripsi gambar pasangan bahagia ini di hadapan masjid di kota paling suci buat umat Islam itu
Pasangan ini dilaporkan berlepas daripada Kuala Lumpur ke Madinah terlebih dahulu dan entri pada 9 Januari lalu,
Johan masih lagi berambut panjang. Ertinya kini mereka telah berada di Mekah kerana Johan mungkin mencukur rambutnya bagi melengkapkan sunat yang dituntut ketika mengerjakan umrah iaitu bercukur 3 helai rambut.
Tentang bila kepulangan mereka berdua ke tanah air tidakdapat dipastikan namun pihak Murai mendoakan semoga pasangan bahagia ini sihat dan sejahtera. Pasti ramai akan terkejut melihat penampilan Johan yang dahulunya rambut mengerbang kini botak licin.
Kes tuntutan saman oleh Johan Raja Lawak terhadap pengarah drama Mohd Javed Mohd Nizar dari Juara Filem Productions Sdn Bhd atas dakwaan kecederaan di kepalanya akibat dibaling dengan gelas ketika perbincangan.
Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim, 30, telah membuat tuntutan saman terhadap Mohd Javed pada Jun 2010 agar membayar RM1 juta sebagai ganti rugi berikutan kes dibaling gelas sehingga menyebabkan kecederaan di dahi dan menerima lima jahitan pada Mei 2010.

Nama panggilan saya Fifiy or Fit. Boleh panggil antara satu. hehe. Seorang yang sangat pemalu dan hanya bercakap bila perlu sahaja atau ketika dengan kawan-kawan yg terdekat. Already finished my study - Diploma in Journalism.

2 Comments

Write Comments
PeRdU cINta
AUTHOR
January 13, 2014 at 5:11 PM delete

syukur alhamdulillah..moga istiqhomah menjalani ibadah umrah dan selamat kembali ke tanh air..

Reply
avatar