BERKAHWIN: SLEEQ TAK TAKUT JATUH SAHAM

January 27, 2014 0Komen disiniA+ a-


Tidak sabar menanti tibanya hari mereka bakal disatukan, anggota kumpulan Sleeq baik Ahmad Syarif (Syarif) mahupun Alif Abdullah (Alyph), tenyata  tidak gentar jika status sebagai suami bakal menggugat populariti mereka.

Sleeq berkata, soal populariti akan jatuh sememangnya tidak akan timbul selagi adanya peminat yang sentiasa  menyokong perjalanan seni mereka.
Malah mereka berpendapat, dengan cara memperkenalkan bakal isteri mereka secara terbuka di laman sosial seperti Instagram, mungkin  akan membuatkan peminat lebih ingin mengenali wanita yang telah berjaya mencuri hati mereka itu.

“Saya langsung tak takut sekiranya dengan mengambil keputusan berkahwin maka populariti saya akan jatuh, kerana bagi saya membina rumah tangga adalah satu perkara yang sangat baik dan sebagai artis kami akan sentiasa menjadi milik peminat.

“Bidang nyanyian adalah kerjaya utama kami dan profesyen kami adalah dengan membuat muzik. Perkahwinan bermaksud mulalah kehidupan baru kami. Tugas kami untuk menyediakan tempat teduh dah nafkah kepada isteri kami nanti. Apa yang pasti, tak sabar rasanya untuk kami merasai pengalaman berumahtangga,” kata Syarif.
Sementara itu Alyph mencadangkan, cara paling baik bagi memastikan peminat sentiasa bersama Sleeq ialah dengan berkongsi serba sedikit tentang bakal isteri dengan peminat menerusi laman sosial sedia ada milik mereka.

“Selama ini orang tidak kenal siapa bakal isteri kami. Jadi mungkin selepas berkahwin nanti kami akan bersikap lebih terbuka dengan berkongsikan gambar-gambar menarik saya dan isteri di Instagram, biar peminat dapat mengenali mereka dengan lebih rapat.
“Malah kami tak kisah, jika selepas berkahwin nanti  akan mendedahkan isteri kami dalam kerjaya yang telah banyak memperkenalkan kami dalam industri hiburan di Malaysia. Apa salahnya,”katanya yang akan membawa bakal isteri tinggal di Malaysia selepas berumah tangga nanti.

Dalam usia mereka yang mencecah 25 tahun, Syarif dan Alyph telah mengambil keputusan untuk meninggalkan zaman bujang pada tahun ini dengan pilihan hati masing-masing yang kedua-duanya berasal dari kota Singa.

Syarif akan menamatkan zaman bujangnya bersama tunangannya yang seusia dengannya iaitu Syarifah Malak Aimana pada penghujung  tahun ini.
Manakala Alyph pula bakal mendirikan rumah tangga dengan Azzah Fariha Samad,27 pada September depan.

Memilih Singapura sebagai lokasi perkahwinan mereka, Sleeq berkata sebuah majlis suai kenal bersama isteri mereka itu nanti bagaimanapun akan dibuat di ibu negara bagi menghormati pihak media dan peminat mereka dinegara ini.
“Kami tahu, Sleeq lebih dikenali di Malaysia, tetapi ini adalah permintaan keluarga kedua-dua belah pihak. Tambahan pula kebanyakan pihak keluarga dan teman kami datang dari Singapura dan juga Johor. Jadi lebih baik majlis diadakan di Singapura saja.

“Segala persiapan sedang berjalan dan kami menggunakan segalakhidmat perkahwinan seperti pelamin, catering, dekorasi, pakaian semuanya dari Singapura saja.  Mungkin ada beberapa keperluan seperti fotografi atau videografi akan kami import dari Malaysia,” kata Syarif.

Sementara itu bagi menjadikan perkahwinan mereka itu tampak cukup istimewa, sebuah lagu baru berjudul Satu telah diilhamkan oleh dua anak muda itu yang ditujukan khas buat bakal isteri masing-masing.


SUMBER 

*pfftt.. sweetnya both of them.. kannn~ semoga terus maju jaya dan berbahagia dunya wal akhirah sleeq.

Nama panggilan saya Fifiy or Fit. Boleh panggil antara satu. hehe. Seorang yang sangat pemalu dan hanya bercakap bila perlu sahaja atau ketika dengan kawan-kawan yg terdekat. Already finished my study - Diploma in Journalism.