LIMA RAKYAT MALAYSIA CEDERA DALAM KEBAKARAN DI HK

January 02, 2014 0Komen disiniA+ a-

Kementerian Luar hari ini mengesahkan lima pelancong Malaysia adalah antara 25 orang yang dilapor cedera dalam kebakaran di Yesinn Hostel, Hong Kong Ahad lepas.  

Mereka ialah Wong Kang Chi, yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Queen Mary Hospital, Pok Lam Road; Phuah Kien Sing dan Lee Chiang Choon (dimasukkan ke Ruttonjee Hospital, Daerah Wanchai); dan Kung Shin Tyan dan Tin Kam Mei (dimasukkan ke Pamela Youde Nethersole Eastern Hospital).  

Dalam kenyataannya, Wisma Putra berkata Konsul Jeneral Malaysia di Hong Kong telah memaklumkan kepada keluarga mangsa tentang kejadian itu dan bersiap sedia untuk memberi bantuan yang diperlukan kepada mereka.  

Pihak konsulat berhubung dengan pihak berkuasa Hong Kong dan hospital terbabit untuk memantau keadaan semua mangsa dari semasa ke semasa.  

Kebanyakan yang cedera itu adalah pelancong dari Malaysia dan Singapura yang menginap di unit kediaman dan rumah tumpangan hotel bajet berkenaan di Cheung Hong Street, North Point District.

Nama panggilan saya Fifiy or Fit. Boleh panggil antara satu. hehe. Seorang yang sangat pemalu dan hanya bercakap bila perlu sahaja atau ketika dengan kawan-kawan yg terdekat. Already finished my study - Diploma in Journalism.