NOTA DAKWAH UNTUK HARI INI DAN SELAMANYA..

January 21, 2014 2Komen disiniA+ a-

Assalamualaikum. Pagi ni saja nak share dengan korang semua tentang Nota Dakwah yang best dan berguna untuk kita semua.. hihiihi..

Banyak orang terlalu pintar menilai orang lain, Tapi sayang dia terlalu kurang bijak menilai dirinya sendiri .
 "Benda aku nak mesti tak dapat. Dapat pun mesti yang tak best." "Boleh jadi kau tak suka benda tu tapi benda tu baik untuk kau." [2:216].
 Jika orang berkata buruk tentang anda, usahlah membalas dengan ucapan yang buruk juga. Sabar dan doakan kebaikan. Itu cara Rasulullah SAW.
 Nak orang jaga hati diri sendiri, jaga lah hati orang lain juga. Kadang kadang ujian tu sebab dosa kita yang pernah dibuat pada orang lain.
Jangan takut berdepan dengan ujian . Jangan takut berdepan dengan realiti . Biar sakit kerana realiti daripada parah kerana dibuai mimpi .
 Disaat tiada bahu untuk bersandar. Ketahuilah kita masih ada sejadah untuk bersujud. Dan itulah yang terbaik. Ya, aku sedang berusaha.
 Merenung ke luar jendela. Kira bintang kat langit. Menangis... Kenapa? Bintang tak terkira. Sama macam dosa-dosa aku. :'(
Soal hati tak perlu cerita kat twitter Ceritalah pada Allah Jika cerita kat twitter, blh jadi fitnah Orang pun boleh kutuk Jadi rahsiakan
 Ya Rasulallah , Ya Habiballah . Terimalah kami sebagai umatmu . Ya Rasulallah , Ya Habiballah . Kurniakanlah syafa'atmu .
 Jangan kalian mencari-cari kesalahan orang lain, jangan pula saling dengki, jangan saling benci, jangan saling memusuhi. (HR Muslim: 2563)
 Dakwah bermula dari seorang, Nabi Muhammad Disebarkan ke seluruh dunia sampaikan sekarang Besar pengorbanan baginda tapi masih tak hargai
 Kadang kita tengok orang tu biasa je. Siapa sangka dia lebih pandai sorok amalan dia Sebab dia tahu Allah lebih layak nilai amalan tu semua.
 Jangan malu untuk mencari kawan kerana mungkin diantara mereka ada seseorang yang mampu menjadi sahabat dunia akhirat kamu .
 Biar musuh tertanya tanya, mengapa kau masih senyum ketika mereka tak berhenti menghina. Biar dikutuk manusia, asal disayang Maha Pencipta.
Orang tak berakhlak dengan kita, dan kita pula membalas perbuatannya dengan cara tak berakhlak juga. Ketahuilah kita juga TIDAK berakhlak!
 Termenung panjang dalam keindahan malam. Betapa sempitnya Dunia, namun dikejar ramai. Betapa luasnya agama, namun hanya segelintir yg amal.
 Kawan yang baik akan mendoakan kebahagian dan kesejahteraan kawannya yang lain . Biar kawan lupa pada kita, jangan kita lupa pada kawan . Aku terlalu suka mengingatkan diriku tentang ini.

Nama panggilan saya Fifiy or Fit. Boleh panggil antara satu. hehe. Seorang yang sangat pemalu dan hanya bercakap bila perlu sahaja atau ketika dengan kawan-kawan yg terdekat. Already finished my study - Diploma in Journalism.

2 Comments

Write Comments
January 21, 2014 at 11:46 AM delete

Nota dakwah yg sarat dengan pengajaran yg berguna... :)

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
January 21, 2014 at 6:31 PM delete

yumida pun suka baca2 mcm ni kat fb..bg motivasi
Ayu mempesonakan! Jom!!! Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.com

Reply
avatar